Thursday, November 19, 2009

Kucing Kesayangan Khalish meninggalkan dunia

Pada pagi ini, amatlah tragis kerana kucing kesayangan kami telah pulang kerahmatullah..sedih sangat kerana kali terakhir aku melihatnye pada petang semalam, tatkala ingin menjemput Nuramira Khalish pulang dari sekolah agama..Sejurus selepas itu, kami terus ke Maslee untuk membelikan makanannya..'pro diet' lagi tu..whiskes..

Alangkah sedihnye..apabila pulang dari Maslee, kami mencarinya nyata ia telah tiada kerana tiada sebarang bunyi atau panggilannya..Kebiasaannya ia akan menyambut kepulangan kami..tapi tiada..puas suamiku mencarinya..tetapi tiada..Masih terngiang2 ditelinga kami suara manjanya..

Apabila kami sedang sibuk membuka pagar rumah untuk ke tempat kerja masing2,alangkah sedihnya apabila dilihat sekujur tubuhnya nyata telah kaku..oh tidak!!! Allahu Akhbar..ia sudah tidak bernyawa...Cukup di situ hayatnya...semoga ia damai di sana...Amin..




Salam Perkenalan kepada semua dan selamat datang ke blog yang kurang sempurna ini..Blogku ini bertujuan adalah untuk berkongsi bersama2 rakan bloggers yang berminat mendekorasi/menghias rumah berkonsepkan Inggeris..disamping catatan perkembangan tentang telatah manja anak2ku..Selamat mengenali keluarga Khalish dan silalah berkongsi idea, cadangan mahu pun teguran yang membina..agar setiap perkara yang kita lakukan akan memberi manfaat kepada kita semua Insyaallah..