Wednesday, October 28, 2009

Amira and UPSR




Untuk titipan ini sebenarnya da lame nak ku kongsikan.. tapi ceritanye kira da lapuk..maklum UPSR da lame berlalu..sekarang ni debaran menanti result..tak lame lagi. Minggu akhir sebelum cuti sekolah this November..Kepada rakan2 guru and my loving family..thanks for your support..menguatkan semangatku untuk berusaha bersama2 amira menduduki exam UPSR..Semoga ianye beroleh kejayaan dengan cemerlang..Amin

Rumahku..

Untuk N3 kali ni saya tunjukkan sedikit gambar dalam rumah..Bukan tujuan nak menunjuk2 tapi ingin berkongsi dgn rakan2 bahawa hasil decoration umah tu saya dapat idea dari rumah rakan2 bloggers yg hias rumah ala2 english konsep. Juga tak lupe hasil kerja tangan sendiri contohnya jahit langsir and table runner. Saya amat terhutang budi dengan kak azlina kerana blog kak inna la yg memperkenalkan kepada saya tatahias rumah berkonsepkan perabot jati dan english..thanks so much..Citarasa kita sama. Saya amat menggemari konsep english tapi..hubby da berikan syarat, kalo nak konsep english jgn ubah ape2 pada perabotnye..ok segala2nye kuturutkan dan beginila sedikit hasilnya..tambahannya dalam process.








Hasil Kerja Tangan Sendiri


Ni la sedikit hasil kerja tangan sendiri yang ku pelajari dari Kak Razna..and untuk Kak Azlina terima kasih kerana memperkenalkanku dengan kak Na..

Kursus P1NCH

Alhamdulilah..pagi yang penuh ceria hari ini dapat semula kembali ke tempat kerja..sekolah ku yang indah lagi harmoni..walaupun hanya sehari meninggalkannya terase rindu pulak kat kwan2 cos semalam aku menghadiri kursus P1NCH. Merupakan kursus untuk ketua bidang/ketua panitia matematik daerah Pasir Gudang..Kursus ini dilaksanakan under JPN negeri Johor sahaja..

Kursus P1NCH ni merupakan salah satu kursus untuk melaksanakan pemulihan di dalam bilik darjah dalam subjek maths..Negeri Johor merupakan negeri yang berada di atas negeri Sabah yang mempunyai masalah murid tidak mengusai 3M..kiranya no. 3 dari bawah la..Kesian kan?? nak tahu kenapa?..ini kerana ramai pelajar di negeri Johor merupakan pelajar yang datang dari pelbagai negeri di Malaysia..(ramai pendatang). Mengapa? Kerana negeri Johor merupakan negeri tempat dimana mereka mencari nafkah dan rezeki yang lumayan.. so, inilah masalah besar bagi pendidik hari ini..Terutama di daerah Pasir Gudang..ramai dikalangan muridnya datang dari Sabah, Sarawak dan Kelantan..

Walau apapun itulah cabaran namenya..Mereka tetap anak bangsa kitekan yang perlu dibimbing..Insyaallah..keikhlasan merupakan senjata utama bagi membentuk harapan bangsa..

Sunday, October 25, 2009

1 Syawal Di Batu Pahat

Sedikit Renungan Dicelah Kesibukan Kita Setiap Hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".. "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah.."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."

"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"
__._,_.___

Akhirnye..dapat cari gambar..




Salam..akhirnye aku berjaya mencari gambar yang ada dalam laptop ni..adala sikit gambar kenangan semasa hari raya baru ni. Syawal yg keenam..waktu itu dirumahku aku mengundang adik beradikku untuk menjamu selera..Walaupun tidak semua yg hadir tapi puas hati kerana abang kesayanganku datang jua. Terima kasih Pok Teh..Pok Teh ni adalah abangku yang ketiga dalam adik beradik kiranye dia ni bongsu lelakila..skrg bertugas di Abu Dhabi UAE. Dihantar company untuk bertugas di sana selama 6 bulan..so, kepada adik beradik yg tak dapat hadir tu..tidak mengapa ada kesempatan dilain waktu, pintu rumahku sentiasa terbuka untuk sesape yg sudi..kecualila perampok...eh eh perompak..Nauzubillahminzalik..

Saturday, October 24, 2009

Bersabar ya Sayang..

Salam kepada semua..maafla buat masa ni saya ni bersabar dulu tak dapat nak buat n3 photo2 coz my laptop breakdown..tengah repair kat kedai ni..ape nak buat..kat c tu banyak la gambar2 yg latest..skrg ni i gunekan laptop my hubby yg rasenye baru je beli bulan July yg lalu..sewaktu adanye laptopku yg dah digunakan selama lebih kurang hampir 2 tahun tu, tak pernahla sentuh laptop cik abang ni..so, nak upload photo pun tak berani..dia ni sayang sgt kat laptop die..so, skg ni I gunekan untuk wat assignment..dapatla permission gune laptop die..kalo x jgn harapla..die kedekut sikit..orang cermatla katakan..plastik pun tak buke lagi tu...so I ni kenala bnyk2kan bersabar..tapi syukur dengan menggunakan laptop ni dapatla curi2 wat blog..

Asal Usul Wat Blog

Salam untuk bloggers yg rajin2 follow my new blog ni..actually terbitnye blog yg tak sengaje ni sbb teruje ngan kakak2 bloggers yg rajin wat decaupe..selalu ikut blog2 mereka coz belajar wat2 sendiri untuk deco umah sempena nak raye baru ni..Syukur dengan perkongsian mereka yg tak lokek ilmu tu dapat gak wat sikit2 decal and decaupe tu..thaks..especially kak ina, perak..(azlina) kak yang dahlia n tak lupe kak razna..kerana merekalah aku mula belajar berjimat cermat untuk mendeco umah ni..kalo tak beribu2 duit ku terbang..dengan adenye ilmu jimat sikit poket ni..hehehe..anyway thaks kakak2 bloggers ya..

Wednesday, October 21, 2009

Cubaan..

Pertama kali mencuba membina blog..cube2 saje..jika ia berjaya..Alhamdulillah..
Salam Perkenalan kepada semua dan selamat datang ke blog yang kurang sempurna ini..Blogku ini bertujuan adalah untuk berkongsi bersama2 rakan bloggers yang berminat mendekorasi/menghias rumah berkonsepkan Inggeris..disamping catatan perkembangan tentang telatah manja anak2ku..Selamat mengenali keluarga Khalish dan silalah berkongsi idea, cadangan mahu pun teguran yang membina..agar setiap perkara yang kita lakukan akan memberi manfaat kepada kita semua Insyaallah..