Wednesday, October 28, 2009

Kursus P1NCH

Alhamdulilah..pagi yang penuh ceria hari ini dapat semula kembali ke tempat kerja..sekolah ku yang indah lagi harmoni..walaupun hanya sehari meninggalkannya terase rindu pulak kat kwan2 cos semalam aku menghadiri kursus P1NCH. Merupakan kursus untuk ketua bidang/ketua panitia matematik daerah Pasir Gudang..Kursus ini dilaksanakan under JPN negeri Johor sahaja..

Kursus P1NCH ni merupakan salah satu kursus untuk melaksanakan pemulihan di dalam bilik darjah dalam subjek maths..Negeri Johor merupakan negeri yang berada di atas negeri Sabah yang mempunyai masalah murid tidak mengusai 3M..kiranya no. 3 dari bawah la..Kesian kan?? nak tahu kenapa?..ini kerana ramai pelajar di negeri Johor merupakan pelajar yang datang dari pelbagai negeri di Malaysia..(ramai pendatang). Mengapa? Kerana negeri Johor merupakan negeri tempat dimana mereka mencari nafkah dan rezeki yang lumayan.. so, inilah masalah besar bagi pendidik hari ini..Terutama di daerah Pasir Gudang..ramai dikalangan muridnya datang dari Sabah, Sarawak dan Kelantan..

Walau apapun itulah cabaran namenya..Mereka tetap anak bangsa kitekan yang perlu dibimbing..Insyaallah..keikhlasan merupakan senjata utama bagi membentuk harapan bangsa..

No comments:

Salam Perkenalan kepada semua dan selamat datang ke blog yang kurang sempurna ini..Blogku ini bertujuan adalah untuk berkongsi bersama2 rakan bloggers yang berminat mendekorasi/menghias rumah berkonsepkan Inggeris..disamping catatan perkembangan tentang telatah manja anak2ku..Selamat mengenali keluarga Khalish dan silalah berkongsi idea, cadangan mahu pun teguran yang membina..agar setiap perkara yang kita lakukan akan memberi manfaat kepada kita semua Insyaallah..