Thursday, December 1, 2011

Happy Birthday.....

Salam kepada semua...Catatan pada hari ini adalah tentang hari yang menggembirakan...Iaitu 1st December ...genap sudah usiaku 34th years old...jika di round off masih yang terhampir dengan nombor 30..belum 40 lagi...anyway pengiraan nombor tidaklah begitu penting, yang penting semangat kesedaran diri kita..jika bertambah usia bermakna, semakin matanglah pemikiran dalam membesarkan anak2..tiada yang lebih penting pada waktu ini, hanyalah kehidupan untuk seluruh keluarga dalam mendidik, ajar dan mengasuh anak2 agar membesar dengan sempurna..agar menjadi insan yang soleh dan solehah..berjaya dengan cemerlang..Insyaallah..Amin...

Dalam n3 ini saya ingin berkongsi cerita..pada tahun ini niatnya untuk memperbaiki diri dalam meniti kehidupan agar tidak lupa dan alpa dengan hiasan dunia semata2..kehidupan perlu seimbang untuk dunia dan akhirat...Mudah2an ya...

Hari ini genaplah usia saya yang 34 tahun...kebiasaannya pada tarikh ini saya akan menyambut ulang tahun kelahiran bersama Ibunda ..tapi kali ini, kali ke2 saya meyambutnya tanpa arwah mak di sisi..yang ada hanyalah kenangan...W/pun begitu saya tidak pernah lupa..bila tiba hari lahir jika arwah masih ada sudah pasti ucapan penghargaan terima kasih untuknya..tapi hari ini, saya hanya menghadiahkan untuknya bacaan Yassin untuk mak dan abah....

Pada waktu siangnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua orang sahabat sekerja, Rita N Jana..kerana sama2 melayan movie Ombak Rindu di TGV cinema Tebrau City...Anak2 tidak dilupakan..Hanya mereka terpaksa menonton movie lain, kerana bimbang ada aksi2 yang boleh membuatkan mereka keliru dan saya pun tak kuasa untuk melayan pertanyaan demi pertanyaan,,,kerana filem tersebut rasanya tidak sesuai untuk anak2 dibawah 18 tahun..khuatir dengan gejala masakini...Oleh itu, kami terpisah buat seketika..yang melayan Ombak Rindu hanya ibu2 dewasa sahaja..Untuk Nuramira Khalish, Nuril Mustoffa Khalish n Nur Batrisyia Khalish layan movie yang sesuai untuk anda ya..3D lagi tu..

Cerita Ombak Rindu ini seronok..lagipun saya sudi melayan ada beberapa sebab iaitu:
1) tarikh keluar filem ni = tarikh lahir saya
2) lakonan hero kegemaran sape lagi kalau bukan Aaron Mustapha Aziz tu...
3) peluang nak tengok movie melayu..
4) ade rakan2 yang sporting nak layan saya...
5) hadiah untuk diri sendiri...

Itulah serba sedikit cerita untuk siang hari..

Pada sebelah malamnya, kami hanya dinner di KFC dan Pizza Hut...letih jugak melayan anak2 yang berbeza citarasa tu..nasib baik restoran tu bersebelahan saje.. inilah sernba sedikit gambar yang sempat kami snapped..gambar dinner lupe nk bawa camera..nak makan punya pasal tak terfikir nak bw camera...kalo snap guna hPhone pun leceh nk upload..so layan...........



Tiket Ombak Rindu



Dapat gambar ngan poster pun jadi la....




Selepas keluar





Potong Kek...
Salam Perkenalan kepada semua dan selamat datang ke blog yang kurang sempurna ini..Blogku ini bertujuan adalah untuk berkongsi bersama2 rakan bloggers yang berminat mendekorasi/menghias rumah berkonsepkan Inggeris..disamping catatan perkembangan tentang telatah manja anak2ku..Selamat mengenali keluarga Khalish dan silalah berkongsi idea, cadangan mahu pun teguran yang membina..agar setiap perkara yang kita lakukan akan memberi manfaat kepada kita semua Insyaallah..