Showing posts with label Aku Seorang Guru. Show all posts
Showing posts with label Aku Seorang Guru. Show all posts
Wednesday, December 16, 2009
exam da habis...
hurey!!!hari ni paper last exam utk subject maths..uh..lega rasenye..Alhamdulillah bolehla jawap w/pun xdela study maut sgt..cuma study smart...yang penting ape yg keluar tu semuanye ape yg telah dilaksanakan di sekolah..so..lepas ni bolehla cuti2 m'sia..
Monday, December 14, 2009
10 CIRI WANITA PILIHAN
Assalamu'alaikum
"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."Seramai-ramai wanita di muka bumi ini, ada antaranya menjadi orang terulung dan terunggul, dan ada juga yang berada dalam kedudukan yang rendah dan hina. Apabila ditanya pada diri kita, bagaimanakah cara atau panduan untuk kita menjadi WANITA PILIHAN DI MATA ALLAH?
1. MENUTUP AURAT
Wanita tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal, biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih dan kemas.
2. MENJAGA AKHLAK
Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, insya-Allah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.
3. CARA BERCAKAP
Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan Muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.
4. TAAT
Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.
5. SUKA MENDENGAR
Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutamanya pasangannya. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yang tinggi. Wanita yang terlalu banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan, kemungkinan besar suami tidak ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isterinya.
6. JAGA PANDANGAN MATA
Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yang melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang kearah bahagian telinganya.
7. JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN
Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yang perlu diambil berat. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih dan kemas.
8. HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI
Bagi wanita Muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yang berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya.
9. WANITA PUNYA HAK
Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta milik isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan.
10. PEGANGAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan al-quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan Hadis. Oleh itu, orang yang selalu bersandarkan kedua-duanya tidak akan sesat.
Dengan kesepuluh-sepuluh cirri ini, insya-Allah kita sebagai wanita akan tetap menjadi WANITA PILIHAN-NYA.
Friday, December 11, 2009
Exam, Exam, Exam..
Salam Semua..Lame rasenye aku tak n3..maklumla this week aku sangat busy sangat dok study..minggu examla katakan..so, tak dapat nak layan sgt blog ni..rindu sangat kat kawan2 semua..anyway pray of me ya..esok ade paper lagi..last paper on 16th December..after that bolehla cuti2 malaysia..
Thursday, November 19, 2009
Keputusan UPSR diumumkan...
Hari ini adalah hari pengumuman keputusan UPSR secara rasminya..Alangkah ngerinya menunggu saat2 pengumuman...Alhamdulillah..Nuramira Khalish Binti Mohd Khalid dapat 5A dalam UPSR..Syukur..berbaloi usaha dan pengorbanan kami sekeluarga..

Wajah-wajah pelajar 5A SKKT 2009

Lunch Celebration at Ponderosa Golf Resort..
Wednesday, October 28, 2009
Kursus P1NCH
Alhamdulilah..pagi yang penuh ceria hari ini dapat semula kembali ke tempat kerja..sekolah ku yang indah lagi harmoni..walaupun hanya sehari meninggalkannya terase rindu pulak kat kwan2 cos semalam aku menghadiri kursus P1NCH. Merupakan kursus untuk ketua bidang/ketua panitia matematik daerah Pasir Gudang..Kursus ini dilaksanakan under JPN negeri Johor sahaja..
Kursus P1NCH ni merupakan salah satu kursus untuk melaksanakan pemulihan di dalam bilik darjah dalam subjek maths..Negeri Johor merupakan negeri yang berada di atas negeri Sabah yang mempunyai masalah murid tidak mengusai 3M..kiranya no. 3 dari bawah la..Kesian kan?? nak tahu kenapa?..ini kerana ramai pelajar di negeri Johor merupakan pelajar yang datang dari pelbagai negeri di Malaysia..(ramai pendatang). Mengapa? Kerana negeri Johor merupakan negeri tempat dimana mereka mencari nafkah dan rezeki yang lumayan.. so, inilah masalah besar bagi pendidik hari ini..Terutama di daerah Pasir Gudang..ramai dikalangan muridnya datang dari Sabah, Sarawak dan Kelantan..
Walau apapun itulah cabaran namenya..Mereka tetap anak bangsa kitekan yang perlu dibimbing..Insyaallah..keikhlasan merupakan senjata utama bagi membentuk harapan bangsa..
Kursus P1NCH ni merupakan salah satu kursus untuk melaksanakan pemulihan di dalam bilik darjah dalam subjek maths..Negeri Johor merupakan negeri yang berada di atas negeri Sabah yang mempunyai masalah murid tidak mengusai 3M..kiranya no. 3 dari bawah la..Kesian kan?? nak tahu kenapa?..ini kerana ramai pelajar di negeri Johor merupakan pelajar yang datang dari pelbagai negeri di Malaysia..(ramai pendatang). Mengapa? Kerana negeri Johor merupakan negeri tempat dimana mereka mencari nafkah dan rezeki yang lumayan.. so, inilah masalah besar bagi pendidik hari ini..Terutama di daerah Pasir Gudang..ramai dikalangan muridnya datang dari Sabah, Sarawak dan Kelantan..
Walau apapun itulah cabaran namenya..Mereka tetap anak bangsa kitekan yang perlu dibimbing..Insyaallah..keikhlasan merupakan senjata utama bagi membentuk harapan bangsa..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Salam Perkenalan kepada semua dan selamat datang ke blog yang kurang sempurna ini..Blogku ini bertujuan adalah untuk berkongsi bersama2 rakan bloggers yang berminat mendekorasi/menghias rumah berkonsepkan Inggeris..disamping catatan perkembangan tentang telatah manja anak2ku..Selamat mengenali keluarga Khalish dan silalah berkongsi idea, cadangan mahu pun teguran yang membina..agar setiap perkara yang kita lakukan akan memberi manfaat kepada kita semua Insyaallah..