Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts
Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Happy Birthday.....

Salam kepada semua...Catatan pada hari ini adalah tentang hari yang menggembirakan...Iaitu 1st December ...genap sudah usiaku 34th years old...jika di round off masih yang terhampir dengan nombor 30..belum 40 lagi...anyway pengiraan nombor tidaklah begitu penting, yang penting semangat kesedaran diri kita..jika bertambah usia bermakna, semakin matanglah pemikiran dalam membesarkan anak2..tiada yang lebih penting pada waktu ini, hanyalah kehidupan untuk seluruh keluarga dalam mendidik, ajar dan mengasuh anak2 agar membesar dengan sempurna..agar menjadi insan yang soleh dan solehah..berjaya dengan cemerlang..Insyaallah..Amin...

Dalam n3 ini saya ingin berkongsi cerita..pada tahun ini niatnya untuk memperbaiki diri dalam meniti kehidupan agar tidak lupa dan alpa dengan hiasan dunia semata2..kehidupan perlu seimbang untuk dunia dan akhirat...Mudah2an ya...

Hari ini genaplah usia saya yang 34 tahun...kebiasaannya pada tarikh ini saya akan menyambut ulang tahun kelahiran bersama Ibunda ..tapi kali ini, kali ke2 saya meyambutnya tanpa arwah mak di sisi..yang ada hanyalah kenangan...W/pun begitu saya tidak pernah lupa..bila tiba hari lahir jika arwah masih ada sudah pasti ucapan penghargaan terima kasih untuknya..tapi hari ini, saya hanya menghadiahkan untuknya bacaan Yassin untuk mak dan abah....

Pada waktu siangnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua orang sahabat sekerja, Rita N Jana..kerana sama2 melayan movie Ombak Rindu di TGV cinema Tebrau City...Anak2 tidak dilupakan..Hanya mereka terpaksa menonton movie lain, kerana bimbang ada aksi2 yang boleh membuatkan mereka keliru dan saya pun tak kuasa untuk melayan pertanyaan demi pertanyaan,,,kerana filem tersebut rasanya tidak sesuai untuk anak2 dibawah 18 tahun..khuatir dengan gejala masakini...Oleh itu, kami terpisah buat seketika..yang melayan Ombak Rindu hanya ibu2 dewasa sahaja..Untuk Nuramira Khalish, Nuril Mustoffa Khalish n Nur Batrisyia Khalish layan movie yang sesuai untuk anda ya..3D lagi tu..

Cerita Ombak Rindu ini seronok..lagipun saya sudi melayan ada beberapa sebab iaitu:
1) tarikh keluar filem ni = tarikh lahir saya
2) lakonan hero kegemaran sape lagi kalau bukan Aaron Mustapha Aziz tu...
3) peluang nak tengok movie melayu..
4) ade rakan2 yang sporting nak layan saya...
5) hadiah untuk diri sendiri...

Itulah serba sedikit cerita untuk siang hari..

Pada sebelah malamnya, kami hanya dinner di KFC dan Pizza Hut...letih jugak melayan anak2 yang berbeza citarasa tu..nasib baik restoran tu bersebelahan saje.. inilah sernba sedikit gambar yang sempat kami snapped..gambar dinner lupe nk bawa camera..nak makan punya pasal tak terfikir nak bw camera...kalo snap guna hPhone pun leceh nk upload..so layan...........



Tiket Ombak Rindu



Dapat gambar ngan poster pun jadi la....




Selepas keluar





Potong Kek...

Sunday, April 4, 2010

The sweetie mummy..


Nur Amira Khalish Binti Mohd Khalid - 4th June 1997
Nuril Mustoffa Khalish Bin Mohd Khalid - 10th August 2002
Nur Batrisyia Khalish Binti Mohd Khalid - 4th March 2008


Terima Kasih Diucapkan kepada june...award darinya...
Utk cikgu sity..sudi2lh terima award ni ye...

Sunday, December 13, 2009

Nuril Mustoffa Khalish


Salam untuk semua...

Rasenye dalam catatan dalam blog aku sebelum ni asyik cite pasal anak ku Amira je..dia tu anak sulong..mungkin hubungan kami lebih rapat kot..tapi ape kurangye dengan yg lain tu...kan?? Mungkin sebab amira a besar da jd macam kawanku..Sian Nuril..dia ae sebut gak..mama ni asyik kakak je..adik takde ke???(adik tu panggilan dia dr kecil smpai skrg..maklum dapat adik umur 6 tahun..dia pulak panggil adik dia baby syasya..)

Okay sambung cite pasal nuril..dia ni anak lelaki ku sorang je..anak no.2..yg tengah..manja banyak..next year dia tahun 2..cite pasal dia ni ialah berkenaan dengan sunat..tak habis2 cite pasal sunat.. Nak tahu sebab ape??sebelum ni janji ngan die nak sunat tahun ni..tapi sbb aku busy sangat nak exam so, postponed to the next yearlah..cakap ngan dia...dia okay je..

Nak dijadikan cerite..waktu aku baca blog si kak long anak sedareku tu (herneenazirlife) adalah dia cite pasal si kiki tu sepupu sepapat dia orang ni lah anak kaka aku bersunat..(memang patut sunat coz next year darjah 6) so, adela plak info kt comment tu about berkhatan..so aku pun trusla follow link tu..bace serba sedikit utk tmbah pengetahuan,..Nuril nampak..so dia apelagi asyik nak tengok je coz ade gambar "bebird" (bahasa nuril utk anu dia) yang sedang dipotong. Tapi gambar tu lukisan je..tapi memang real..lepas tgk gambar tu dia termenung and asyik tanye je kat aku..terpaksalah aku explin serba sedikit..baik da baca info tu kalo tak terpinga2 jugak aku nak jawab.. Tapi aku tetap yakinkan pd dia bahawa sunat tu tak sakit..'next year adik sunat tau'... so ok kate dia..sian plak aku tgk muke dia mcm pucat je...



Thursday, December 3, 2009

Kesibukan Melayan Amira

Salam kepada semua..rasenye da lame tak n3 ni. kali terakhir aku buat n3 pd hari raya aidiladha minggu lepas..Sebenarnya bnyk perkara yg inginku ceritakan..tapi tidak berkesempatan..ianya disebabkan kerana kesibukkan ku melayan amira..menguruskan segala urusan permohonannya ke MRSM..

Dalam kesibukan tersebut aku tidak keseorangan. Aku ditemani oleh rakan baik ku iaitu kak nah (Kak Zainah). Beliau adalah penggemar pelita..(sempatla aku kenalkan pd rakan2 bloggers yg wat sale pelita tu..)Dalam kesibukan kami menguruskan hal anak2 masih sempat lg meronda2 cari brg2 nak wat decal tu..dptla aku rembat 2 teko putih comel di 2N shop je. harge pun tak mahal..piring pun dpt.. blk rumah terus wat decal..decal buah tu aku beli dr kak yang dahlia sblum raye..(gmbr teko n3 next time)

setelah selesai segala urusanku..dapatla tarik nafas skit..baru nak berehat dpt satu panggilan telefon dari STF. memberitahu amira dikehendaki hadir utk interview pd hari sabtu ini 5hb disember. bebagaila maklumat yg dikehendaki..so ape lg..mengumpullah sgl dokumen2..hari ni baru settle..tu la sbbnye kot aku x smpt nk buat n3..



Gambar diambil ketika menghantar borang permohonan

tak habis di situ, bergegas pula mencari baju sekolah menengah pule..kami pergi ke jusco tebrau city..sambil membeli kek hari lahirku..jgn x percaya oleh kerana KESIBUKAN itula xsmpt nk celebrate my birthday..itula pengorbanan aku kirenye..dikesempatan itulah cik abgku membeli kek di secret recipe n km singgah di sushi king membeli sedikit hidangan utk melepaskan gian. w/pun hnya take away.so km makan d rumah..yg penting ade temaki fried salmon.. pg2 td lepas breakfast barula sempat potong kek..sian aku ni ek.. Tapi aku bertuah tahun ni coz dapat celebrate my birthday w/pun simple tapi dpt bersama my loving mummy..(it's tok mok)..



Kek Hari Lahir yg ke..32 baru.. ;p

w/apapun nak ucapkan thanks so much wat my frien..'TINI'..she's the 1st person gave me birthday present..telekung cantik..ade bunga2 rose timbul gitu.. thanks TINI..



Telekung dari TINI

Thursday, November 19, 2009

Keputusan UPSR diumumkan...

Hari ini adalah hari pengumuman keputusan UPSR secara rasminya..Alangkah ngerinya menunggu saat2 pengumuman...Alhamdulillah..Nuramira Khalish Binti Mohd Khalid dapat 5A dalam UPSR..Syukur..berbaloi usaha dan pengorbanan kami sekeluarga..



Wajah-wajah pelajar 5A SKKT 2009



Lunch Celebration at Ponderosa Golf Resort..

Friday, November 13, 2009

Amira Dapat Anugerah

Alhamdulillah pada hari kanak-kanak yang lalu Puteri Sulongku mendapat anugerah tokoh murid untuk kategori "Murid Berketrampilan"....mengikut pencapaian dan penglibatan yang telah diraih anakku layak menerima anugerah tersebut..Tahniah Amira....



Thursday, November 12, 2009

Hari Kanak-Kanak Sedunia

Rasenye da lame tak n3..maklumla bulan November ini merupakan bulan yang paling busy..coz..assignment yg x settle2 lg, kerja di sekolah yang melambak nak wat dalam 1 mase..(sape cakap kerja cikgu ni senang?)duduk kat tmpat keje memang sekerat ari, tapi keje tak abis2..sbnarnye banyak lagi senarai tugas2 yg nak wat dalam november ni..tapi x sempat nak story kat n3 ni..ape2 pun nak share kat korang semua Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat sekolahku..




Tahun ini sambutannya berbeza dengan tahun2 sebelum ini kerana tahun ini sambutannya disambut bersama majlis RIMUP..RIMUP adalah satu program yg diadakan di sekolah yg bertujuan untuk perpaduan. So, dia bercampur dengan kaum2 yg lain..tengok2la gambar sambutan kat bawah tu ye..

Wednesday, October 28, 2009

Amira and UPSR




Untuk titipan ini sebenarnya da lame nak ku kongsikan.. tapi ceritanye kira da lapuk..maklum UPSR da lame berlalu..sekarang ni debaran menanti result..tak lame lagi. Minggu akhir sebelum cuti sekolah this November..Kepada rakan2 guru and my loving family..thanks for your support..menguatkan semangatku untuk berusaha bersama2 amira menduduki exam UPSR..Semoga ianye beroleh kejayaan dengan cemerlang..Amin
Salam Perkenalan kepada semua dan selamat datang ke blog yang kurang sempurna ini..Blogku ini bertujuan adalah untuk berkongsi bersama2 rakan bloggers yang berminat mendekorasi/menghias rumah berkonsepkan Inggeris..disamping catatan perkembangan tentang telatah manja anak2ku..Selamat mengenali keluarga Khalish dan silalah berkongsi idea, cadangan mahu pun teguran yang membina..agar setiap perkara yang kita lakukan akan memberi manfaat kepada kita semua Insyaallah..