Tuesday, February 16, 2010

Hasil Tangan Sendiri Cup Cakes..

Aktiviti Cuti CNY:Menghasilkan sendiri cup cakes..

Jemput Rasa..

Mak Aladdin Dah Tiba

Salam Semua..


N3 ini aku nak share kat kawan2 semua aku dah gembira kerana mak aladdin aku dah tiba..baru amik dari umah eija baru2 ini..terima kasih eija kerana menyimpankan mak aladdinku ini dari bulan 12 lagi da order. bukannya ape, waktu eija singgah ke teratakku hari tu ngan intan, dia lupa lak nak bwk mak aladdin ni. Nasib anak aladdin ni dah tak menyusu kalo tak asik melalak je kat umah ku ni..Anyway aku gembira sangat..(cermin aladdin tu aku dah rendam. sebab tu warna clear je..barulah ada seri anak dia still warna merah)

koleksi pelita beralih tempat..


salam untuk semua rakan deco2..
n3 kali ni saje nk tunjuk tempat baru koleksi pelitaku..sementara nak tunggu banglo baru utk pelita ni yg x siap2.. lagipun inilah aktivitiku curi2 mase disamping cuti cny. walaupun keje2 bnyk nk dibuat. so layan...

Friday, January 1, 2010

Wednesday, December 16, 2009

Jualan Tudung

Salam kepada rakan-rakanku sekalian.

Untuk n3 aku kali ini aku nak promote tudung jenama HAWA..untuk pengetahuan rakan2 semua sebelum ni aku memang aktif menjual tudung2 HAWA ni..Alhamdulillah jualan menggalakkan. Walaupun tak jual melalui online coz tak sempat nak n3 dalam blog jualan dah bersih..sekarang ni tak busy lagi so cuba2 la n3 kat blog ni..Manalah tahu kot2 ade rezeki..

Harga tudung ni memang berpatutan kalau nak banding dengan harga kat kedai tu adalah beza hampir RM20..Takpe aku jual murah2 je..oleh kerana nak bantu rakan2 melawakan..Ni aku jual murah2 je.. Jika ade yg nak order tu sms / call me anytime..(0137200337-Linda) Harga termasuk kos penghantaran (RM65). Bayaran secara tunai melalui Maybank 2U accnt no. 151137867670 (Hernee binti Samshudin) -Penghantaran melalui Pos Laju


LAYAN..

Label Pada Tudung (HAWA tulisan rumi)

Model Tudung CT 1-Dua Lapis tidak berpisah
(Warna Kelabu)
Juga Terdapat warna kuning, biru langit, ungu, jingga,pink muda. pink pekat(sold out)

Pandangan tepi tudung CT1
Pandangan Belakang Tudung CT1

Tudung CT2-Dua lapis dan terpisah
Terdapat Warna Coklat Muda, Coklat Gelap,biru terqois, ungu, hijau muda& hijau gelap.Warna putih yang dipakai model (sold out)
Tudung Biasa -
mempunyai batu penuh di kepala dan ditepi bawah tudung
Terdapat Warna Pink Pekat(gambar), Biru Gelap, hijau muda& hitam.



Tudung A Pusing -
Boleh dipusing. Mempunyai batu sedikit di kepala dan di bahagian bawah depan dan belakang tudung
Terdapat Warna Pink Muda(gambar), Kelabu,Coklat Muda, Hitam & hijau gelap.
Gambar Belum Di pusing



Setelah di pusing

Kod Untuk tempahan :
CT1-warna, CT2-warna, Tudung A : A-warna, Tudung Biasa: B-Warna

exam da habis...

hurey!!!hari ni paper last exam utk subject maths..uh..lega rasenye..Alhamdulillah bolehla jawap w/pun xdela study maut sgt..cuma study smart...yang penting ape yg keluar tu semuanye ape yg telah dilaksanakan di sekolah..so..lepas ni bolehla cuti2 m'sia..

Monday, December 14, 2009

10 CIRI WANITA PILIHAN

Assalamu'alaikum
"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."
Seramai-ramai wanita di muka bumi ini, ada antaranya menjadi orang terulung dan terunggul, dan ada juga yang berada dalam kedudukan yang rendah dan hina. Apabila ditanya pada diri kita, bagaimanakah cara atau panduan untuk kita menjadi WANITA PILIHAN DI MATA ALLAH?

1. MENUTUP AURAT
Wanita tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal, biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih dan kemas.

2. MENJAGA AKHLAK
Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, insya-Allah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.

3. CARA BERCAKAP
Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan Muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

4. TAAT
Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.

5. SUKA MENDENGAR
Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutamanya pasangannya. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yang tinggi. Wanita yang terlalu banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan, kemungkinan besar suami tidak ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isterinya.

6. JAGA PANDANGAN MATA
Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yang melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang kearah bahagian telinganya.

7. JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN
Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yang perlu diambil berat. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih dan kemas.

8. HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI
Bagi wanita Muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yang berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya.

9. WANITA PUNYA HAK
Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta milik isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan.

10. PEGANGAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan al-quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan Hadis. Oleh itu, orang yang selalu bersandarkan kedua-duanya tidak akan sesat.

Dengan kesepuluh-sepuluh cirri ini, insya-Allah kita sebagai wanita akan tetap menjadi WANITA PILIHAN-NYA.
Salam Perkenalan kepada semua dan selamat datang ke blog yang kurang sempurna ini..Blogku ini bertujuan adalah untuk berkongsi bersama2 rakan bloggers yang berminat mendekorasi/menghias rumah berkonsepkan Inggeris..disamping catatan perkembangan tentang telatah manja anak2ku..Selamat mengenali keluarga Khalish dan silalah berkongsi idea, cadangan mahu pun teguran yang membina..agar setiap perkara yang kita lakukan akan memberi manfaat kepada kita semua Insyaallah..