Wednesday, November 30, 2011

Cerita Aidil Adha 1432H..

Salam..Dalam catatan kali ini saya ingin berkongsi cerita sempena AidilAdha yang suci..10 Zulhijah 1432H. Jika waktu arwah ibu ade tahun ini giliran beraya bersamanya. Tapi apakan daya, mak telah kembali kepadaNya...jadi tahun ini kami menyambutnya dirumah sendiri pada petang 9 Zulhijah bersama persiapan juadah..Malam raya baru balik ke kampun..Berbekalkan juadah lontong daun pisang, rendang daging dan lodeh jawa hasil tangan sendiri sebagai buah tangan untuk keluarga..

(hanya kakak2, abang2, anak2 saudara dan cucu saudara)..Setelah sampai di kampung halaman, kami terus menziarahi pusara mak dan abah..harap2 rutin begini pasti kami laksanakan setiap kali tiba Hari Raya...

Rezeki melimpah ruah..di mana saja destinasi yang kami singgah pasti tak berhenti menjamu selera..begitu juga dengan daging korban/>
Lewat malam jam 11 baru kami pulang ke teratak kami di Tmn. Setia Indah.. Sebelum pulang kami dibekalkan oleh kakakku (Mak Anjang panggilan anak2..) @ Anjang panggilanku...makanan. Hanya kakak2lah penganti kepada arwah mak..(Kak Midah@Mokde and Andak. Sebenarnya saya ni anak bongsu..jadi ade manja lebih dengan mereka..

Makanan yang dibekalkan Anjang adalah Burasak...Jika rakan2 ingat pd hari Raya Aidil Fitri yang lalu saya ada menceritakan tentang keinginan makan burasak di FB.. Ha...ini dia..xdpt makan semasa Aidil Fitri,lepas juga hajat makan pd Aidil Adha ni... Ini dia beberapa gambar Burasak yang dilawan makan bersama asam rebus ikan parang.....ermmmm lepas mengidam...







Gambar Burasak: Nasi yang telah dibungkus dengan daun pisang, diikat dan di kukus
Gambar Asam Rebus Ikan Parang lagi pekat lagi sedap..

2 comments:

fizza said...

wahhhh..welcome bloking

Linda Khalish said...

ni tengah godam citer sayur lak..belum publish..nak amik mase upload gambar..leceh...

Salam Perkenalan kepada semua dan selamat datang ke blog yang kurang sempurna ini..Blogku ini bertujuan adalah untuk berkongsi bersama2 rakan bloggers yang berminat mendekorasi/menghias rumah berkonsepkan Inggeris..disamping catatan perkembangan tentang telatah manja anak2ku..Selamat mengenali keluarga Khalish dan silalah berkongsi idea, cadangan mahu pun teguran yang membina..agar setiap perkara yang kita lakukan akan memberi manfaat kepada kita semua Insyaallah..